Friday 16 December 2011

Saingan Panas!!!! FAM buat hal lagi...


Pasukan Liga Super dikurangkan kepada 12 bermula 2013
SAINGAN Liga Malaysia 2012 pasti menjadi musim paling penting buat 13 pasukan Liga Super (tidak termasuk Lions XII) dan 11 pasukan Liga Perdana (tidak termasuk Harimau Muda B). Ia bakal menjadi penentu kedudukan mereka pada musim 2013 hingga 2016 kerana bilangan pasukan dalam Liga Super akan dikurangkan kepada 12.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkan bahawa bermula musim 2013, Liga Super hanya akan menampilkan 12 pasukan (berbanding 14 pasukan sekarang) manakala Liga Perdana dikekalkan 12 pasukan untuk jangka masa sekurang-kurangnya empat musim.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sebagai permulaan kepada penukaran jumlah pasukan Liga Super itu, aksi playoff bakal diadakan sejurus tamat saingan liga musim ini.
“Pasukan tercorot Liga Super 2012 automatik akan tersingkir ke Liga Perdana 2013 manakala pasukan teratas Liga Perdana 2012 automatik akan naik ke Liga Super 2013.
“Dengan Lions XII dan Harimau Muda B dikecualikan untuk naik turun liga, maka satu lagi slot terakhir Liga Super 2013 akan direbut empat pasukan iaitu tiga pasukan terbawah Liga Super 2012 (selepas pasukan tercorot) dan naib juara Liga Perdana 2012.
“Empat pasukan ini akan bersaing secara kalah mati timbal balik dan hanya satu pasukan ke Liga Super 2013 manakala tiga lagi ke Liga Perdana 2013,” kata Hamidin pada sidang media selepas menutup sesi taklimat Liga Malaysia 2012 selama tiga hari di Shah Alam, semalam.
Namun selepas format 12 pasukan kedua-dua liga sudah stabil musim depan, turun naik liga hanya membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super dan dua pasukan teratas Liga Perdana tanpa memerlukan sebarang aksi playoff.
Hamidin turut menjelaskan, format Piala Malaysia 2012 kekal 16 pasukan (12 teratas Liga Super dan empat teratas Liga Perdana) sebelum ia diubah kepada 24 pasukan bermula musim 2013 hingga 2016.
“Ia bagi memastikan kesemua 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana beraksi sehingga penghujung musim. Maka tidak timbul masalah pasukan tidak layak ke Piala Malaysia terpaksa bayar juga gaji pemain.
“Formatnya, 24 pasukan ini dibahagi kepada enam kumpulan dengan juara kumpulan dan dua pasukan tempat kedua terbaik layak ke suku akhir,” jelas Hamidin yang juga Naib Presiden FAM.

Last 5 posts by Mat Yu Soleh





Fan Page Kelate.Net KelateDotNet Twitter

No comments:

Post a Comment